Buat Pedampingku kelak. . . . (Dialah Bernama Suami)
Kepadamu yang akan menjadi pedampingku kelak....
Aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. kerana itu kuingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna. Aku begitu banyak kekurangan.... Maka ketahuilah....
Kepadamu yang memilihku kelak....
Aku tidak sebijak bunda KHATIJAH, kerana itu aku ingin kau tahu. aku mungkin ada berbuat salah. maka aku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihatilah aku dengan hikmah, kerana bagiku kau lah pemimpinku,tidak berani aku membangkang padamu.......
Duhai kau yang telah memiliku kelak....
Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku tak sempat berdandan menyambutmu pulang kerja, kerana kesibukan hal kerja rumah, tanggungjawab yang harus aku laksanakan. Mungkin kerana atas kecuaianku jua.....
Padamu yang akan menjadi nahkoda dalam hidupku kelak...
Ketahuilah, aku tidak sesabar FATIMAH. Ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis, dan tak terkontrol, bukan Kerana ku membangkang padamu, tapi aku hamya wanita biasa. Aku juga perlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku. maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.... kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku....
Janganlah kau membentakku, tapi cukuplah andai kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tahu kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untukmu....
Padamu yang menjadi imam solatku kelak.....
ketahuilah, aku tidak secerdas AISYAH.... walaupun namaku Aisyah Humaira =) Maka janganlah pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arahNYA, walau kekakang aku bebal, tapi jangan pernah kau letih mengajariku.... Jangan letih mengingatkan untuk terus bersamamu menjulang pahala dalam amalan-amalan sunnah... Bimbing tanganku ke JannahNYA, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.... InsyaALLAH...
Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hiduku....
Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulunya hitam danindah, akan menipis dan memutih. kulitku yang bersih akan mulai kerepot. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik... Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. maka jangan pernah berpaling dariku... kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejakdulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintakuku padamu.....
Ketahuilah... tiap harinya, tiap jam, tiap minit, dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu.... maka, cintalah aku, dengan apa adanya aku.... Aku akan cuba menjadi yang terbaik bauatmu sayang....
Maafkan Aku Kerna aku bukan Puteri..... Aku hanyalah wanita biasa.....
Wahai Adam…..
Jika benar kau kasih & cintakan Aku Kerana ALLAH:
•.♥ Bawalah aku ke jalan Allah
•.♥ Nasihatilah aku
•.♥ Perbetulkan kesilapan aku
•.♥ Jagalah aku dgn baik
•.♥ Lindungilah aku
•.♥ Berilah kasih sygmu padaku
•.♥ Hargailah aku
•.♥ Bersabarlah denganku
•.♥ Terimalah & cintailah kekuranganku
•.♥ Jadi IMAM terbaik buat aku
✿..moga aku menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..amin...✿
Jika benar kau kasih & cintakan Aku Kerana ALLAH:
•.♥ Bawalah aku ke jalan Allah
•.♥ Nasihatilah aku
•.♥ Perbetulkan kesilapan aku
•.♥ Jagalah aku dgn baik
•.♥ Lindungilah aku
•.♥ Berilah kasih sygmu padaku
•.♥ Hargailah aku
•.♥ Bersabarlah denganku
•.♥ Terimalah & cintailah kekuranganku
•.♥ Jadi IMAM terbaik buat aku
✿..moga aku menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..amin...✿
No comments:
Post a Comment